Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Wan Emir Astar Tawar Diri Bertanding Jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO

Suami kepada pelakon terkenal, Mira Filzah, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Tawar diri bertanding jawatan

Memetik perkongsian dari Bernama, Wan Emir yang juga anak sulung kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid telah hadir ke pendaftaran calon pemilihan UMNO sesi 2023-2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wan Emir yang kerap turun padang membantu ibunya, Datuk Mastura berkempen ketika Pilihan Raya kecil (PRK) pada 2016 dan Pilihan Raya Umum (PRU) 15  sememang bukan asing lagi dalam dunia politik apabila Allahyarham bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar juga merupakan Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar sebelum meninggal dunia.

Dia yang merupakan anak sulung kepada 4 bersaudara telah menikahi pelakon, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman pada 2 September 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 20 Mei 2022.

Emir juga merupakan seorang arkitek dan antara pengarah di sebuah firma seni W5 Architects yang  diasaskan oleh allahyarham bapanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd