Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Diangkat Terkena Tiang… Pelajar Nafi Dibuli, Hanya Gurauan Bersama Rakan – Polis

Polis mengesahkan insiden sekumpulan pelajar lelaki mengangkat rakan mereka dalam keadaan terkangkang sehingga terkena tiang yang tular di media sosial baru-baru ini bukan kejadian buli, sebaliknya gurauan berlebihan.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, rakaman video berdurasi 13 saat itu mencetuskan pelbagai spekulasi masyarakat, namun siasatan mendapati ia tidak melibatkan unsur paksaan atau penderaan.

pelajar

Menurut beliau, pada 23 September, pelajar yang didakwa sebagai mangsa turut hadir bersama ibu bapanya membuat laporan polis.

Artikel lain: Tular Video Buli Di IKBN Miri, KBS Tegaskan Tindakan Disiplin Menanti

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam keterangannya, pelajar itu menafikan dibuli dan menjelaskan kejadian berkenaan hanyalah gurauan sempena sambutan hari lahirnya pada 19 September bersama rakan-rakan jurusan automotif.

“Hasil siasatan awal oleh pihak institut turut mengesahkan ia adalah gurauan keterlaluan dan bukan insiden buli. Namun, pihak institut tetap akan mengambil tindakan tegas terhadap semua pelajar terlibat,” katanya.

pelajar

Tambahnya, polis sudah memanggil pegawai institut, ibu bapa dan semua pelajar berusia 18 hingga 24 tahun yang terbabit dalam rakaman tersebut untuk diambil keterangan sebelum kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Walau bagaimanapun, Mohd Farhan menegaskan pihak polis tetap memandang serius sebarang kes buli kerana ia boleh memberi kesan kepada mangsa dari segi fizikal mahupun psikologi.

pelajar

“IPD Miri akan terus memantau perkembangan kes ini dan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat bukti baharu yang menunjukkan wujudnya elemen jenayah,” ujarnya.

Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak menularkan semula rakaman video atau membuat spekulasi yang boleh mencetuskan kegusaran awam. Sebarang maklumat relevan diminta disalurkan terus kepada IPD Miri untuk tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd