Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Video Buli Di IKBN Miri, KBS Tegaskan Tindakan Disiplin Menanti

Tular di media sosial pada Isnin sebuah rakaman video yang memaparkan sekumpulan pelajar lelaki dipercayai penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang bertindak melakukan kekerasan terhadap seorang pelajar lain.

Kejadian IKBN terjadi hari jumaat

Dalam rakaman tersebut, kelihatan beberapa pelajar mengangkat mangsa. Seorang pelajar memegang bahagian badan manakala seorang lagi memegang kaki sebelum menolaknya ke arah tiang.

Lebih membimbangkan, perbuatan penuntut IKBN itu bukan sahaja dilakukan sekali tetapi diulang berkali-kali dengan semakin kuat seolah-olah dijadikan bahan gurauan.

Artikel lain: Enam Pelajar Direman, Remaja Tingkatan Tiga Trauma Selepas Dibuli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbuatan itu segera mencetuskan perhatian ramai termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang tampil dengan kenyataan tegas di Facebook rasmi mereka.

KBS menegaskan bahawa insiden itu menyentuh isu keselamatan, maruah dan disiplin yang menjadi asas kepada semua Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

“Buli bukan sekadar salah laku individu tetapi merupakan ancaman kepada budaya pembelajaran yang sihat dan selamat.
“Tindakan disiplin tegas termasuk penggantungan atau buang pelajar akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat tertakluk kepada peraturan serta tatacara sedia ada” katanya.

KBS juga menegaskan bahawa tidak ada ruang untuk menjadikan kekerasan fizikal sebagai gurauan atau tradisi di ILKBS.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Jumaat lalu sekitar jam 4.30 petang, namun pihak pengurusan hanya menerima maklumat mengenai insiden itu selepas ia tular di media sosial pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, siasatan segera telah dijalankan termasuk kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pelaku.

Sumber: Facebook @KBSMalaysia

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Sosial

Seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Roman Travel mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sebuah acara pesta air, Rain Rave Water Music Festival...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd