Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perkemas Kebajikan, Veteran ATM Terima Faedah Ganjaran Hilang Upaya

Faedah Ganjaran

Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamaed Khaled bin Nordin telah hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Faedah Ganjaran Hilang Upaya veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Muar, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan faedah Ganjaran Hilang Upaya (GHU) kepada seramai tujuh veteran ATM daerah berkenaan.

Mohamaed Khaled turut menyampaikan bungkusan Kotak Cakna kepada seramai sembilan veteran ATM yang di antaranya mengalami masalah pendengaran, masalah pertuturan, kemalangan dalam perkhidmatan, menjaga anak Orang Kurang Upaya (OKU), uzur, sakit jantung dan Veteran Kurang Upaya (VKU).

“Seramai 1,825 veteran ATM hilang upaya seluruh Malaysia termasuk cedera semasa melaksanakan tugas aktif dan 292 orang daripada jumlah tersebut mengalami kecederaan semasa operasi dan latihan berisiko tinggi,”menurut kenyataan.

Artikel lain: MINDEF Peruntuk RM12 Bilion Untuk Perolehan Aset ATM 2025

Advertisement. Scroll to continue reading.

Veteran ATM Terima Faedah Ganjaran Hilang Upaya

Menurut kenyataan lagi, penambahbaikan faedah GHU telah disemak secara sepenuhnya dengan memberi kenaikan yang signifikan dan berkuatkuasa bermula Januari 2025. Ia seiring dengan pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Jelasnya, faedah GHU ini adalah satu bentuk manfaat kepada semua anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa tuga aktif (Wounded in Action) yang diberi secara sekali gus (one off).

“Penyerahan faedah GHU selepas penambahbaikan telah mula dilaksanakan sejak awal Januari 2025 dan seramai 50 orang yang telah pun menerima GHU.
“Pengukuhan dan pemerkasaan aspek kesejahteraan veteren sentiasa diperluas dan diperkemas agar kebajikan veteran ATM sentiasa terpelihara sebagaimana yang telah
digariskan di dalam Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan dalam Fokus Keempat: Memperkukuh Ekosistem Kesejahteraan,”katanya.

Untuk rekod, seramai 2,020 veteran ATM di daerah Muar, Johor, di mana 916 adalah veteran berpencen, 733 tidak berpencen dan 371 penerima pencen terbitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd