Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Vaksin Tdap Diberi Percuma Buat Ibu Mengandung – KKM

Vaksin Tdap percuma buat ibu mengandung

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil satu inisiatif dengan pemberian imunisasi Tdap (tetanus, difteria dan pertusis) secara percuma buat semua ibu mengandung dengan usia kehamilan antara 28 hingga 32 minggu.

Vaksin Tdap percuma buat ibu mengandung

Vaksin Tdap percuma buat ibu mengandung

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan vaksin Tdap disediakan di semua fasiliti kesihatan primer KKM yang menawarkan perkhidmatan kesihatan ibu di seluruh negara.

“Vaksin ini bertujuan memberi perlindungan awal kepada bayi baru lahir yang sangat terdedah kepada komplikasi pertusis atau batuk kokol sebelum melengkapkan jadual vaksinasi.
“Kajian antarabangsa juga telah menunjukkan bahawa vaksin ini selamat dan berkesan, tanpa meningkatkan risiko kepada ibu atau bayi,” kata Dr Dzulkefly pada Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan, hari ini.

Beliau memberitahu, vaksin Tdap tidak diwajibkan untuk diambil oleh semua ibu mengandung namun ia amat digalakkan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu memaklumkan selain inisiatif vaksin untuk ibu mengandung di bawah strategi imunisasi sepanjang hayat, KKM melaksanakan Program Vaksin Influenza untuk warga emas, yang dilancarkan pada 18 Februari lepas, menyasarkan mereka yang mempunyai penyakit kronik berumur 60 tahun ke atas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Vaksin Tdap percuma buat ibu mengandung

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata dasar vaksinasi negara sentiasa disemak berdasarkan bukti saintifik dan garis panduan antarabangsa.

Sehubungan itu, semua vaksin yang digunakan di Malaysia harus melepasi penilaian keberkesanan dan keselamatan yang ketat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (NPRA) dan dipantau secara berterusan oleh KKM.

“Penyebaran berita dan maklumat palsu mengenai vaksin kian membimbangkan dan menjejaskan keyakinan masyarakat. Saya faham ada dalam kalangan ibu bapa di luar sana yang masih ragu-ragu.
“Saya menyeru kepada semua supaya sentiasa merujuk kepada sumber rasmi kerana keputusan kita hari ini memberi kesan kepada kesihatan generasi akan datang,” jelasnya.

Artikel lain: Kami Bukan Boneka! Pegawai Perubatan Dakwa Dikhianati KKM, Pemilihan Penempatan Tunda Lagi

Difahamkan, KKM terus komited menjayakan program ini bagi memastikan semua lapisan masyarakat bermula dari dalam kandungan sehingga ke usia emas boleh mendapatkan perlindungan dan kesihatan secara menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd