Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Himpunan Turun Anwar: Usah Besarkan Isu Sampah – Nik Nazmi

Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menasihatkan kerajaan supaya lebih berhati-hati memberi ulasan mengenai perhimpunan Turun Anwar yang berlangsung Sabtu lalu, khususnya berkaitan isu sampah yang dibangkitkan.

Nik Nazmi pesan tidak perlu perbesarkan isu sampah

Menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, tindakan membesarkan isu sampah sehingga menenggelamkan mesej sebenar demonstrasi boleh memberi persepsi bahawa kerajaan memperlekeh keresahan rakyat.

nik nazmi

Foto: Malaysiakini

“Ini bukan soal niat, tetapi politik adalah tentang persepsi. Isu sampah ini jika dibesar-besarkan akan membuka ruang simpati kepada penganjur, dan mengalih perhatian daripada mesej sebenar serta isu-isu yang perlu dijawab kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mendakwa hampir 20 metrik tan sampah ditinggalkan selepas perhimpunan tersebut, menyebabkan petugas pembersihan terpaksa bekerja sehingga lewat malam.

Artikel lain: Himpunan Turun Anwar: Chegubard Ditahan Polis, Disiasat Atas Dakwaan Menghasut

Bagaimanapun, dakwaan itu dipertikai oleh seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mempersoalkan jumlah tersebut, memandangkan pihak polis menganggarkan hanya 18,000 orang hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menteri kata 20 tan sampah, bersamaan 20,000 kilogram. Kalau seorang bawa satu botol kosong pun jumlahnya tak akan cecah begitu. Dengan anggaran itu, maknanya peserta mungkin 400,000 orang,” sindirnya.
nik nazmi

Foto: Malaysiakini

Nik Nazmi menegaskan, kritikan rakyat walaupun disampaikan melalui demonstrasi tidak wajar dibalas dengan reaksi defensif. Sebaliknya, ia perlu dijadikan pemangkin kepada usaha menyelesaikan masalah asas rakyat.

“Isu seperti kos sara hidup, keadilan sosial dan masa depan ekonomi negara perlu diberi keutamaan. Inilah perkara yang sering diolah dan dibakar dengan sentimen kaum serta agama untuk menarik undi, walaupun akhirnya menyusahkan rakyat. Masa depan negara tidak dibina dengan retorik, tetapi dengan kejujuran, kerja keras dan kesediaan untuk mendengar,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pihak polis kerana memberikan kerjasama kepada penganjur dan peserta perhimpunan.

nik nazmi

Foto: FMT

“Walaupun saya tidak menyokong mesej perhimpunan itu, hak rakyat untuk berhimpun secara aman adalah tiang penting dalam sistem demokrasi. Sikap Perdana Menteri yang terbuka terhadap demonstrasi ini wajar dihargai,” jelasnya.

Sementara itu, Nik Nazmi turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail yang memimpin bacaan qunut nazilah bagi menggambarkan seolah-olah kerajaan hari ini memusuhi Islam.

“Perbezaan politik tidak wajar disalut dengan retorik kebencian agama,” tegasnya.

Sumber: Malaysiakini 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd