Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Himpunan Turun Anwar: Chegubard Ditahan Polis, Disiasat Atas Dakwaan Menghasut

Chegubard Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghasut

Tindakan biadab Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang menyebat patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengundang padah apabila dia ditahan polis, petang Isnin.

Difahamkan, tangkapan dibuat sekitar jam 2.30 petang di kediamannya berhubung pembabitannya dalam perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang berlangsung di ibu negara pada Sabtu lalu.

Chegubard Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghasut

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, mengesahkan perkara itu dan mendakwa tangkapan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana anak guamnya telah beri akujanji untuk hadir ke Bukit Aman bagi bantu siasatan pada Selasa.

“Semalam kami menerima pengesahan laporan polis telah dibuat terhadap Chegubard berhubung Himpunan Turun Anwar pada Sabtu.
“Kertas siasatan dibuka atas dakwaan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

“Tangkapan dalam kes ini tidak diperlukan kerana Chegubard telah memberi akujanji untuk menghadirkan diri. Tindakan pihak berkuasa dan/atau arahan yang diberikan oleh pihak atasan amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang insiden tidak diingini semasa dan/atau selepas himpunan tersebut,” katanya.

Tindakan Chegubard menyebat patung PM dengan rotan di Dataran Merdeka sebelum ini mendapat kecaman ramai netizen yang menyifatkan ia keterlaluan dan tidak mencerminkan budaya politik matang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Polis Siasat Aksi Sebat Patung PM Di Himpunan Turun Anwar

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham tampil mempertahankan Chegubard dengan menyifatkan tindakan polis sebagai zalim.

Beliau mendakwa penggunaan Akta Hasutan terhadap pemimpin pembangkang adalah bukti kegagalan kerajaan dalam melaksanakan agenda Reformasi seperti yang dijanjikan.

“Undang-undang seperti Akta Hasutan sepatutnya telah dimansuhkan seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.
“Ini membuktikan Anwar gagal menunaikan janji Reformasi mereka,” katanya.

Malah, beliau menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan tanpa berselindung di sebalik undang-undang yang didakwa digunakan untuk menekan suara lawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemuda Bersatu mendesak Anwar meletakkan jawatan,” tegasnya.

Setakat ini, polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan tersebut.

Sumber: FB Malaysiakini BM

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd