Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

TV3 Mohon Maaf Insiden Tetamu Lelaki Berpakaian Wanita Di AJL

Stesen televisyen swasta, TV3 mohon maaf susulan insiden penyertaan tetamu lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika acara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Ahad lalu.

TV3 mohon maaf

tv3 mohon maaf

Foto: Carian Google

“Kami mengambil maklum bahawa insiden ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, dan memohon maaf atas kejadian tersebut,” kata TV3 dalam satu kenyataan hari ini.
TV3 Mohon Maaf

Foto: Media sosial

TV3 mohon maaf selepas ditegur JAKIM

Semalam, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius berhubung isu membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara pertandingan hiburan pada 16 Februari lalu.

Artikel lain: Garis Panduan Muslim: JAKIM Boleh Nasihat Orang Islam, Dasar Perlu Ambil Kira Aspek Perpaduan

Ketua pengarahnya Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, perbuatan tersebut menimbulkan keresahan awam dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya di Malaysia.

TV3 Mohon Maaf

Foto: Bernama

“Kami juga merancang untuk memanggil pihak terlibat dalam satu sesi perbincangan terlibat bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
“Selain itu, nasihat dan bimbingan kepada mereka juga akan diberikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
TV3 Mohon Maaf

Foto: Media sosial

Pada masa sama, TV3 berkata pihaknya sentiasa komited untuk mematuhi undang-undang dan garis panduan ditetapkan apatah lagi sebagai saluran penyiaran yang bertanggungjawab.

“TV3 ingin menegaskan bahawa pakaian menyerupai wanita oleh tetamu tersebut tidak pernah dibenarkan dan tidak selari dengan norma dan nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat Malaysia serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujar TV3.

Terdahulu, beberapa pendakwah bebas dan selebriti turut menyuarakan kebimbangan sama antaranya PU Syed, Da’i Hadhari, Achey Bocey dan Sharnaaz Ahmad melalui perkongsian di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd