Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tuntut Naik Harga Lantai Padi, PeSAWAH Hantar Memorandum Ke KPKM

Dua isu dibangkitkan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) untuk dipertimbangkan kerajaan termasuk tuntut naik harga lantai padi daripada RM1,300 per tan kepada RM1,800.

Memetik laporan Berita Harian, tuntutan itu disenarai PeSAWAH melalui memorandum yang diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin, dengan satu lagi isu membabitkan bantahan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman.

PeSAWAH tuntut naik harga lantai padi

Tuntut Naik Harga Lantai Padi

Foto: Berita Harian

Mengulas perkata itu, Pengerusi PeSAWAH Abdul Rashid Ahmad berkata harga lantai ketika ini sudah tidak relevan berikutan kenaikan kos berkaitan diesel dan benih padi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, mengenai RUU Kualiti Benih Tanaman yang berkemungkinan dibentangkan di Parlimen dalam sesi akan datang, katanya ia ia dibuat tanpa sebarang perundingan dengan petani.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai 10 wakil PeSAWAH menyerahkan memorandum kepada PMO, dan kira-kira 300 ahli pertubuhan itu turut hadir berhimpun di luar lobi KPKM di Putrajaya bagi memberi sokongan.

Tuntut naik harga lantai padi, PeSAWAH hantar memorandum kepada KPKM dan PMO

Foto: Malaysiakini

Terdahulu, wakil PeSAWAH dilihat masuk ke bangunan keselamatan jam 10 pagi sebelum dilihat kira-kira sejam kemudian, manakala memorandum pula diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Chen Ming Kai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Diskaun Tol 50 Peratus: Kebajikan Rakyat Terus Dijaga, Kerajaan Tanggung RM20 Juta Sebagai Pampasan

Ming Kai berkata beliau sudah mengadakan pertemuan dengan wakil PeSAWAH kira-kira sejam bagi membincangkan perkara tersebut disamping turut memaklumkan telah menerima memorandum berkenaan dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Foto: Harian Metro

“Memorandum itu juga akan disampaikan kepada agensi berkaitan untuk diambil tindakan, ” kata Ming Kai.

Sumber: Berita Harian (Samadi Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd