Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tunang Terjah Depan Pintu, Lelaki Didakwa Berkhalwat Dalam Rumah Staf Wanita

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, @lyzzsar memuat naik tangkap layar WhatsApp memaparkan maklumat lanjut kejadian tersebut selain video serbuan penguat kuasa dipercayai oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut maklumat tangkat layar berkenaan, anggota penguat kuasa dilaporkan menunggu hampir dua jam di luar kediaman kerana penghuni enggan membuka pintu.

Difahamkan, pintu rumah tersebut terpaksa ditendang oleh anggota bertugas sebelum mereka masuk melakukan pemeriksaan sekitar jam dua pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil pemeriksaan, pasangan itu didakwa mempunyai hubungan majikan dan pekerja, malah wanita terbabit cuba bersembunyi di dalam almari pakaian ketika serbuan dilakukan.

Dalam rakaman berdurasi  36 saat itu, kelihatan seorang wanita berada di luar rumah dipercayai tunang kepada lelaki terbabit yang cuba ditenangkan oleh anggota JAIS.

Tangkap layar itu turut mendakwa anggota penguat kuasa menemui barangan milik lelaki di rumah wanita berkenaan sekali gus didakwa sudah beberapa kali tinggal bersama.

Sumber: Threads @lyzzsar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Lokal

Persatuan majikan menyatakan kesediaan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar) sekiranya kerajaan membenarkan mereka bekerja secara...

Sukan

Bermula di sebuah gelanggang latihan sederhana di Hulu Selangor, minat seorang kanak-kanak terhadap seni bela diri kini membawanya melakar kejayaan di pentas dunia. Ketika...

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil memberikan penjelasan susulan kontroversi yang tular sejak semalam dengan memohon orang ramai agar tidak terus membuat andaian atau...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd