Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tunang Tepis Dakwaan Sudah Putus, Tetap Terima Lucinta Luna Seadanya

Baru-baru ini, kecoh di media sosial yang memaparkan selebriti Lucinta Luna mengalami gangguan mental disebabkan kritikan serta kecaman daripada netizen mengenai dirinya yang merupakan seorang transgender.

Malah, dia telah membawa diri dengan pergi bercuti untuk menenangkan dirinya daripada terus memikirkan masalah yang dialami.

Pun begitu, menerusi hantaran yang dimuat naik Lucinta di laman TikToknya, kelihatan tunangnya iaitu Alan menjelaskan mengenai status hubungan mereka yang terkini.

Ujarnya, spekulasi mengenai hubungan mereka terputus di pertengahan jalan adalah tidak benar sama sekali malah, dia akan mencinta Lucinta atau nama sebenarnya Mohamad Fattah buat selama-lamanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@lucintaluna12

gimanaa yahhh jawabnyaaa 🤪 …. kasian hatters pada sibuk urusin rumah tangga kami ☺️ #lucintaluna #lucintalunamanjalita #fakebodyy⚠️ #fakesituation⚠️ #holiday #bangkok #honeymoon #lucintalunaberhakbahagia #husbandwife #cintaabadi #alanluna #lucintalunapunyahak #truelove #bahagiabersamamu #tiadayangbisamisahkankita

♬ suara asli – lucintaluna – lucintaluna

“Selamat petang semua, saya nak cakap kepada sesiapa yang melihat kami putus..saya nak beritahu yang saya dan Luna akan selamanya bersama-sama.
“Dan awak sepatutnya percayakan saya dan dia serta menyokong kami dan bukannya buli. tolong lah. Saya sayangkan awak sayang,” ujarnya.

Semoga terus berbahagia

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar hubungan mereka kekal sampai bila-bila dan sentiasa bahagia hidup bersama.

Sekadar info, Lucinta Luna telah mengikat tali pertunangan bersama pasangan pilihan hatinya, Arten Boltian dalam sebuah majlis yang diraikan dengan penuh kemeriahan di Pullman Private Hotel, Bali pada 28 Julai lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @Lucinta Luna

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Sosial

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd