Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tun Laila Luah Rasa Kecewa, Peniaga Guna Gambar Kahwin Jadi Bahan Promosi ‘Door Gift’ Keropok

Personaliti media sosial dan peguam, Tun Laila Tun Rafaee meluahkan rasa kecewa apabila mendapati gambar kahwinnya disalahguna bagi mempromosikan produk ‘door gift’ tanpa mendapatkan sebarang kebenaran.

Gambar kahwin jadi bahan promosi door gift

Tun Laila Gambar kahwin jadi bahan promosi door gift

Menerusi perkongsian di TikTok, Tun Laila menjelaskan terdapat empat hantaran telah dimuat naik oleh peniaga berkenaan yang menggunakan wajahnya dalam mempromosikan produk berbentuk keropok.

@yarafaee

please dont do this 🙏🏼 p/s: makeup by @whisk by latte 🩷

♬ original sound – Tun Laila – Tun Laila

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara ini amat meneyedihkan bila lihat gambar kami digunakan oleh peniaga yang tidak dikenali langsung.
“Kapsyen sangat ‘misleading’ contohnya, ‘patutlah tetamu tak henti-henti puji majlis kahwin Tun Laila, dapat pula door gift kahwin macam ini’. Ini bukan door gift yang kitorang pilih untuk bagi dekat tetamu dan saya tak rasa ini cara yang berkat,” kata Tun Laila.

Dalam pada itu, dia tidak kisah jika gambar kahwinya digunakan oleh peniaga yang terlibat di majlis persandingannya biarpun tidak ditaja.

Namun, berasa kesal apabila terdapat peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan mengelirukan orang ramai hanya mahu menguntungkan perniagaan dengan cara yang tidak betul.

“Jangan buat begitu, nak berniaga tiada masalah tapi cara kena betul.
“Kenapa saya tak bagi orang guna gambar saya sebab bila kita post kat TikTok, video tu akan berjalan walaupun dah berbulan-bulan akan datang.
“Bayangkan kalau pada masa akan datang, awak scam orang dan nampak gambar saya digunakan, nanti saya dan suami juga yang akan terpalit apabila awak buat sebarang masalah kat luar,” jelasnya.

Artikel lain: Solekan Tak Naik Seri Pengantin? Tun Laila Sedih Baca Komen Netizen, Tampil Perjelas

Untuk rekod, Tun Laila selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihannya yang juga Timbalan Pendakwa Raya, Amir Haiqal, pada 8 November lalu, dengan mas kahwin sebanyak RM13,800.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok yarafaee

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd