Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Tesla Langgar Motosikal, Kes Dibawa Kepada Peguam Negara

Kertas siasatan kes pemandu Tesla yang didakwa sengaja langgar motosikal di Lebuhraya Sprint di Kuala Lumpur pada Isnin akan dikemukakan kepada Peguam Negara.

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Suffian Abdullah berkata pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan itu.

Kes Tesla langgar motosikal dibawa kepada peguam negara

Foto: Bernama

“Rakaman percakapan kedua-dua individu berkenaan sudah diambil dan proses melengkapkan kertas siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut (termasuk mendapatkan kebenaran pendakwaan),” katanya.

Artikel lain: Suami Kantoi Curang, Wanita Tidak Mengaku Pukul ‘Anu’ Dengan Kayu Besbol

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular satu video ‘dashcam’ daripada kereta memaparkan seorang penunggang motosikal memukul cermin sisi kenderaan jenis Tesla.

Pada video itu, Tesla tersebut didakwa menukar haluan daripada lorong tengah ke lorong kanan, menyebabkan penunggang motosikal yang datang daripada belakang kereta itu terhimpit ke kanan jalan.

Penunggang motosikal yang berusia 25 tahun kemudian bertindak memukul cermin sisi sebelah kanan kereta tersebut menggunakan tangannya.

Berang dengan tindakan penunggang itu, pemandu Tesla itu kemudian menghimpitnya sehingga terlanggar dinding di sebelah jalan sehingga penunggang itu terjatuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan kemalangan itu, penunggang motosikal itu cedera di tangan, lutut dan kaki.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd