Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Lenyek Kepala Isteri Dengan Motosikal, Lelaki Diburu Polis!

Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki bertindak ganas terhadap isterinya dalam satu kejadian di Kota Shahbandar, Melaka awal pagi Ahad lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, video tular memaparkan tindakan suspek memukul mangsa di tempat awam sebelum dipercayai melanggar kepala wanita tersebut dengan motosikal.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, suspek yang berusia 22 tahun dan bekerja sebagai penghantar barang turut dilihat menampar serta menarik rambut isterinya yang berusia 20 tahun.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada ibu mangsa yang berusia 51 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, wanita itu membuat laporan selepas melihat rakaman CCTV di sebuah premis hiburan keluarga di kawasan berkenaan.

Dzulkhairi berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka oleh ambulans pada jam 4.41 pagi untuk menerima rawatan di zon merah akibat kecederaan yang dialaminya.

“Mangsa disahkan mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala dan pipi kanan.
“Selepas menerima rawatan, mangsa dibawa pulang ke rumah ibunya di Tanjung Minyak Perdana,” katanya pada Selasa.

Namun begitu, beliau berkata pada hari yang sama kira-kira jam 8 malam, mangsa didapati tiada di rumah selepas dipercayai keluar bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun untuk mengikut suspek.

“Ibu mangsa turut mendapati pintu belakang rumah telah dibuka secara paksa dan usaha untuk menghubungi mangsa gagal.
“Laporan polis dibuat kerana bimbang terhadap keselamatan mangsa dan anaknya,” ujar Dzulkhairi.

Tambahnya, pihak polis sedang giat mengesan suspek dan kes ini disiasat di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd