Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Didakwa Perlekeh PDRM, Polis Kelantan Buka Kertas Siasatan

Polis Kelantan membuka siasatan terhadap seorang individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan memperlekeh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika bertugas di sekatan jalan raya susulan satu video tular di media sosial.

Seorang individu dipercayai perlekeh PDRM

Menerusi kenyataan rasmi daripada Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Hari ini pada jam 10 pagi kita menerima satu laporan polis berkaitan satu rakaman video yang tular di media sosial.
“Menerusi video berkenaan memaparkan seorang individu lelaki yang mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis semasa menjalankan penugasan sekatan jalan raya.
“Siasatan awal mendapati, individu berkenaan turut mendakwa bahawa beliau berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya dengan memperdayakan anggota bertugas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

 

Tindakan disifatkan tak bertanggungjawab

Menurut beliau, kenyataan tersebut disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat selain menjejaskan imej serta kredibiliti pasukan keselamatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, pihak polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba memperlekehkan tugas anggota atau menyebarkan kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Perbuatan yang boleh menjatuhkan kehormatan pasukan keselamatan atau menghakis keyakinan awam terhadap penguatkuasaan undang-undang akan diambil tindakan tegas tanpa toleransi.
“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial serta tidak menyalahgunakan platform itu untuk menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran awam,” katanya.

Terdahulu, program ‘Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB YB’ anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda PAS Kelantan menjadi perhatian selepas menerima kecaman di media sosial susulan lokasi yang dirancang termasuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Konvoi tersebut yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dilaporkan bermula sekitar jam 5 petang dari Kota Lama sebelum melalui beberapa lokasi termasuk kawasan berhampiran lapangan terbang.

Sumber: Facebook Polis Kontinjen Kelantan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd