Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Tarikh Majlis Kahwin, Tunku Azizah Sahkan Tengku Afzan Nikah Dua Minggu Lagi

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akhirnya sahkan anak perempuannya, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bakal nikah pada bulan ini.

Memetik laporan Kosmo!, Tunku Azizah berkata dalam masa dua minggu lagi anak perempuannya itu akan sah bergelar isteri kepada pasangan, Fd Idzham Fd Iskandar.

Tengku Afzan nikah dua minggu lagi

Tengku Afzan Nikah

“Dalam masa dua minggu lagi, mahu pastikan anak perempuan saya dengan majlis perkahwinan paling indah untuk diingati sepanjang hidupnya,” titahnya.

Baginda berkata demikian ketika bertitah pada Majlis Penutup Islamic Fashion Festival (IFF) 2024 dan Perasmian Pameran Solo Syed Thajudeen di Kuantan pada Khamis.

“Dalam masa dua minggu, dia (Tengku Puteri Afzan) akan jadi ‘bridezilla’ (pengantin perempuan), saya akan jadi ‘groom momster’ (ibu pengantin lelaki dengan nada berseloroh).

Tengku Afzan Nikah

“Oleh kerana rumah saya kecil, saya tidak boleh menjemput seluruh negeri Pahang ke perkahwinan diraja yang akan berlangsung lagi dua minggu.
“Tetapi saya ingin mengumumkan di Padang MBK depan dan Padang Kotasas (majlis) selama empat hari. Ada skrin besar di mana rakyat negeri Pahang, bolehlah berkumpul, berpesta untuk meraikan perkahwinan diraja,” titah baginda.

Artikel lain: UKM Buka Pusat Pesisir Di Indonesia, Tawar Kursus Pengajian Pelbagai Peringkat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Baginda turut memaklumkan bahawa seiring dengan majlis tersebut, terdapat aktiviti lain yang akan dilangsungkan seperti konsert, persembahan dan banyak lagi.

“Jemput datang ke Pahang. Sama-sama kita meraikan perkahwinan diraja yang lagi dua minggu ini. ‘Bridezilla, godzilla, monster’ (berseloroh),” titah baginda.

Tengku Afzan Nikah

Sebelum ini, pengurus acara Teja Market mendedahkan perkahwinan diraja Pahang yang dikatakan bakal berlangsung pada bulan ini.

Menerusi poster yang dimuat naik, majlis tersebut diberi nama ‘Langit Cinta’ Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja iaitu bermula pada 10 pagi hingga 10 malam 22 hingga 25 Ogos bertempat di Tasek Kotasas.

Malahan, hantaran tersebut juga diulang siar atau ‘repost’ menerusi TikTok @cmspahang yang difahamkan merupakan akaun peribadi Tunku Azizah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! 

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd