Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Kasari Bekas Isteri Depan Balai Polis, Pemandu E-Hailing Ditahan

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Polis kesan video tular di Thread

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof menyatakan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.51 petang semalam.

Polis turut mengesan rakaman video kejadian yang tular di platform Threads dan dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

“Bertindak atas maklumat pada 6.20 petang tadi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 20-an, yang juga bekas suami mangsa.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bandar Baru Bangi pada esok untuk permohonan reman,” katanya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki disyaki bertindak kasar terhadap wanita

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja melakukan cedera dan ugutan yang mendatangkan ketakutan.

Insiden berkenaan sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas rakaman video memaparkan seorang lelaki bertindak agresif terhadap seorang wanita di kawasan parkir awam tersebar luas di media sosial.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Afiq Rifdi Mohd Ami di talian 011-2966 7474.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kajang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd