Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Iklan Jual Gula Harga 10 Sen, Kedai Serbaneka Diambil Tindakan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan tegas terhadap penjualan gula berharga 10 sen di sebuah kedai serbaneka.

Menurut laporan Sinar Harian, sebuah kedai serbaneka yang terletak di Kuala Kangsar Prima sedang disiasat oleh KPDN apabila premis berkenaan menjual gula berharga 10 sen serta air tin berharga 99 sen.

Foto: Sinar Harian

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan diambil setelah pemeriksaan dijalankan lantaran promosi jualan murah air tin berkarbonat sejak 16 Mac lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya lagi, kedai serbaneka yang memiliki cawangan seluruh negeri itu disyaki tidak membuat sebarang permohonan untuk mengadakan promosi jualan murah bagi tempoh melebihi tiga hari.

“Semakan awal mendapati pihak kedai serbaneka berkenaan disyaki tidak membuat permohonan untuk mengadakan jualan murah bagi tempoh jualan melebihi tiga hari sempena pembukaan cawangan baharu mereka di bandar ini,” ujarnya.

Kamaluddin berkata, tindakan berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 (Pindaan) 2019.

Kedai serbaneka itu juga dikatakan tidak memiliki lesen runcit barang-barang kawalan berjadual untuk gula, minyak masak dan tepung.

Foto: Sinar Harian

Tambah beliau, selain daripada mengambil tindakan terhadap barang-barang tersebut, resit jualan serta dokumen-dokumen berkaitan turut disita dengan nilai sitaan berjumlah RM200.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 2 juta,” katanya.

Kedai serbaneka itu akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 serta denda tidak melebihi RM 25,000 bagi kesalahan tidak mengemukakan permohonan jualan murah.

Selain itu, peringatan tegas turut diberikan oleh beliau supaya mematuhi undang-undang perniagaan yang telah ditetapkan.

Foto: Media sosial

Baru-baru ini, telah tular sebuah banting promosi di media sosial berkenaan dengan paparan pembukaan cawangan baharu kedai serbaneka di bandar berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd