Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Curi Kabel Di MRR2! Polis Buru Empat Suspek

Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat sini, selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya mengesan video tular berkenaan kira-kira jam 5 petang semalam.

Menurut beliau, semakan mendapati satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki berhubung kejadian itu pada jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

“Pengadu memaklumkan dia memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum ternampak sebuah Honda Odyssey berwarna kelabu berada di lokasi berkenaan.
“Ketika itu, empat lelaki yang bangsanya tidak dapat dipastikan dilihat sedang memunggah kabel yang dipotong pendek ke dalam kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata, pengadu turut merakam kejadian itu sebelum kesemua lelaki terbabit beredar dari lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran yang digunakan pada Honda Odyssey berkenaan sebenarnya didaftarkan atas kenderaan lain.

“Kes masih dalam siasatan dan semua suspek yang dipercayai terbabit sedang dikesan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya lagi.

Menurut beliau, Seksyen 431A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Selain itu, Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM300,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Astro Awani (Afiezy Azaman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd