Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Spekulasi, Tuduhan Kes Buli Zara Qairina Berdasarkan Bukti – AGC

Tuduhan Kes Buli Zara Qairina Berdasarkan Bukti

Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa pertuduhan terhadap suspek dalam kes buli melibatkan arwah Zara Qairina hanya berkaitan dengan perbuatan buli dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian mangsa.

Dalam kenyataan media hari ini, AGC merujuk kepada kenyataan media terdahulu bertarikh 19 Ogos 2025 yang dikeluarkan oleh peguam lantikan ibu arwah, Puan Noraida binti Lamat, mengenai permohonan menangguhkan pendakwaan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan serta cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibuat kerana pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina,” menurut kenyataan itu.

Artikel lain: Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh, tak ganggu proses inkues – AGC

Tuduhan Kes Buli Zara Qairina Berdasarkan Bukti

AGC juga membidas kenyataan peguam yang disifatkan bersifat spekulatif dan tidak disokong fakta tepat. Semua pertuduhan di bawah Seksyen 507C(1) adalah berdasarkan bukti dan fakta hasil siasatan yang dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jabatan itu menambah, prosiding inkuis masih perlu diteruskan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina.

Sumber:  FB Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General’s Chambers Malaysia

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd