Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tragedi 2 Remaja Maut: Wanita MIC Gesa Kerajaan Perkukuh Undang-Undang Berkaitan Bangunan Terbiar

Wanita MIC Kebangsaan menggesa kerajaan memperkukuh kerangka perundangan berkaitan pengurusan bangunan terbiar susulan tragedi dua pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ditemui maut berhampiran sebuah flat kosong di Buntong, Ipoh pada Jumaat lalu.

Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Saraswati Nallathamby berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan pindaan terhadap Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) atau menggubal undang-undang khusus bagi memastikan pemilik premis memikul tanggungjawab yang lebih jelas terhadap aspek keselamatan bangunan terbiar.

Menurutnya, perundangan sedia ada perlu diperkasakan supaya setiap bangunan terbiar sentiasa berada dalam keadaan selamat, dipagar, dikawal dan tidak menjadi lokasi yang boleh mengancam nyawa orang awam.

“Kerajaan Persekutuan perlu mempertimbangkan pindaan kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) atau menggubal satu undang-undang khusus berhubung pengurusan bangunan terbiar.
“Perundangan tersebut perlu memperuntukkan tanggungjawab yang lebih jelas kepada pemilik premis, termasuk kewajipan memastikan bangunan sentiasa selamat, dipagar, dikawal dan tidak menjadi lokasi yang boleh mengancam nyawa orang awam.
“Selain itu, hukuman dan penalti yang lebih berat juga perlu dikenakan terhadap pemilik atau pihak yang gagal mengambil langkah keselamatan sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tragedi itu bukan sekadar satu insiden terpencil, sebaliknya mendedahkan kelemahan serius dalam aspek pengurusan, pemantauan dan kawal selia bangunan terbiar yang terus menjadi ancaman kepada keselamatan awam, khususnya kanak-kanak dan remaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalankan siasatan secara menyeluruh, profesional dan telus bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta memastikan mana-mana individu yang cuai atau bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Kami menggesa PDRM menjalankan siasatan secara menyeluruh, profesional dan telus bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Mana-mana individu yang cuai atau bertanggungjawab perlu dihadapkan ke muka pengadilan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan negeri serta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan audit menyeluruh terhadap semua bangunan terbiar dan berisiko tinggi di seluruh negara.

Katanya, bangunan yang didapati membahayakan keselamatan awam perlu ditutup, dipagar, dipantau dan dikenakan tindakan penguatkuasaan tanpa sebarang kompromi.

“Audit menyeluruh perlu dilaksanakan terhadap semua bangunan terbiar dan berisiko tinggi di seluruh negara.
“Bangunan yang didapati membahayakan keselamatan awam hendaklah ditutup, dipagar, dipantau dan diambil tindakan penguatkuasaan tanpa sebarang kompromi,” tegasnya.

Selain itu, Saraswati mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan mekanisme pangkalan data kebangsaan bagi bangunan terbiar bagi memudahkan pemantauan serta membolehkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih sistematik, bersepadu dan berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, keselamatan wanita dan kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana setiap kelemahan dalam sistem yang dibiarkan tanpa tindakan berpotensi meragut lebih banyak nyawa yang tidak berdosa.

“Kerajaan mesti bertindak segera, bukan sekadar selepas sesuatu tragedi berlaku.
“Wanita MIC Kebangsaan akan terus memantau perkembangan kes ini dan berdiri teguh bersama keluarga mangsa dalam menuntut keadilan serta memastikan tragedi seumpama ini tidak lagi berulang,” tambah Saraswati.

Terdahulu, dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut berhampiran sebuah flat kosong di Buntong pada Jumaat selepas seorang pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan menemui kedua-dua mangsa sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Kedua-dua mangsa yang merupakan rakan baik itu dilaporkan bersekolah di sekolah yang sama di Ipoh dan mengikuti sesi pembelajaran pada sebelah petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd