Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

TPM Fadillah Ke Uzbekistan & Rusia Bawa Misi Tenaga Hijau Malaysia, Perkukuh Kerjasama Global

TPM Fadillah Ke Uzbekistan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan dan Rusia dari 21 hingga 28 Jun ini.

Lawatan itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka kerjasama strategik dalam bidang tenaga bersih dan pengurusan air.

“Malaysia komited mencari penyelesaian mampan dan berdaya tahan. Lawatan ini penting untuk jalin kerjasama global yang lebih kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TPM Fadillah Ke Uzbekistan & Rusia Bawa Misi Tenaga Hijau Malaysia

Sepanjang berada di Uzbekistan dari 21 hingga 24 Jun, Fadillah dijadual mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden negara itu serta menghadiri mesyuarat bersama Menteri Tenaga Uzbekistan.

Perbincangan dijangka tertumpu kepada pelaburan dalam tenaga boleh baharu dan kerjasama teknikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Perkukuh Kerjasama Tenaga Serantau, PETRA Berjaya Anjur 6 Mesyuarat Di SOME Ke-43

Artikel lain: Perkukuh Kerjasama Tenaga Serantau, PETRA Berjaya Anjur 6 Mesyuarat Di SOME Ke-43

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut menghadiri Malaysia-Uzbekistan Business Forum 2025 serta menyampaikan ucaptama di Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Public Service Forum) di Samarkand.

Bagi lawatan ke Rusia dari 25 hingga 28 Jun, Fadillah dijadual bertemu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Tenaga Rusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut dijangka melawat Loji Janakuasa Nuklear ROSATOM di Leningrad untuk meninjau teknologi nuklear terkini dan piawaian keselamatan antarabangsa.

“Malaysia perlu memahami potensi tenaga nuklear secara lebih dekat, terutamanya dari aspek keselamatan dan keberkesanan jangka panjang,” katanya.

Foto: BERNAMA

Fadillah turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Agensi Pengawalseliaan Nuklear Rusia serta menghadiri majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia.

Lawatan ini dijangka memperluaskan jaringan strategik Malaysia dalam sektor tenaga dan air serta menarik minat pelabur asing.

Ia juga seiring aspirasi Malaysia MADANI untuk menjadi peneraju transformasi tenaga serantau yang bersih, selamat dan mampan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd