Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tony Fernandes Mohon Maaf Tak Pakai Baju, Berurut Ketika Mesyuarat

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAisa, Tony Fernandes mohon maaf tak pakai baju untuk mengurut badan semasa bermesyuarat di Indonesia.

Tony Fernandes tak pakai baju

Tony Fernandes Tiada Niat Singgung Perasaan

Memetik laporan Malaysiakini, Tony menjawab kritikan terhadap perkongsiannya di LinkedIn dengan berkata dia tiada niat singgung perasaan mana-mana pihak dengan hantaran tersebut.

“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Seseorang itu perlu memahami budaya kerja syarikat penerbangan kami,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Fernandas berkata, beliau mengambil tindakan untuk diurut ketika mesyuarat itu kerana berasa letih selepas melalui tiga penerbangan.

View this post on Instagram

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia adalah mesyuarat pengurusan mini. Saya letih dan kesakitan, jadi saya bertanya kepada mereka yang hadir sama ada mereka keberatan jika saya berurut dan tiada yang membantah.
“Saya mahu menunjukkan (dengan hantaran itu) bahawa kita boleh melakukan pelbagai tugas tetapi ia telah diambil di luar konteks,” tambahnya.

Artikel lain: Syarikat Penerbangan Lain Sedia Bantu, Tawar Potongan Kepada Penumpang MYAirline

Dalam hantaran bertarikh 16 Oktober, CEO itu menulis bahawa ia merupakan “minggu yang banyak tekanan”.

“Saya mencintai budaya Indonesia dan AirAsia yang membolehkan saya berurut dan pada masa yang sama melakukan mesyuarat pengurusan.
“Kami sedang melakukan kemajuan yang besar dan telah memuktamadkan struktur Capital A. Hari-hari mendatang yang mengujakan.
“Kami berbangga dengan apa yang telah dicapai dan tidak akan melupakan matlamat kami,” tulisnya.
View this post on Instagram

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun ramai yang memberi kecaman terhadap hantaran itu, ada juga yang memuji beliau kerana mengambil pendekatan yang tidak konvensional sebagai simbol budaya berfikiran terbuka dan progresif AirAsia.

Sumber: Malaysiakini & Instagram Tony Fernandes

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd