Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Peratus Anggota Polis KL Alami Masalah Berat Badan

Dua hingga tiga peratus daripada 10,000 pegawai dan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur (KL) alami masalah berat badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, polis perlu mempunyai kesihatan badan yang baik agar dapat menghadapi tugas polis yang mencabar, lapor Sinar Harian.

Foto: Sinar Harian

“Tugas polis ini mencabar dan antara cara untuk menghadapi tekanan dan cabaran adalah dengan kesihatan badan yang baik, ‘fit’ dan cergas.
“Saya harapkan mereka bebas penyakit dan pada masa yang sama nampak segak bila berpakaian seragam sekaligus mendapat keyakinan masyarakat,” katanya.

Artikel lain: Kor Ming Enggan Panjangkan Isu Kampung Baru Cina – “Kita Move On”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu.

Susulan itu, semua pegawai polis dan anggota Kontinjen KL digesa untuk menjaga tahap kesihatan terutama berat badan agar sentiasa berada dalam julat jisim indeks tubuh (BMI) yang telah ditetapkan.

Allaudeen berkata, buat masa ini pihaknya tidak meletakkan garis masa buat anggota dan pegawai terbabit tetapi akan mengambil pendekatan ‘secepat mungkin’.

Tiga peratus polis KL alami masalah berat badan

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan berhubung lawatan mengejut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ke beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Allaudeen, pihaknya juga mengambil pendekatan untuk turut serta sama turun padang dan memantau anggota di lapangan.

“Polis KL kami ambil iktibar dan saya sudah arahkan semua ketua jabatan, KPD (ketua polis daerah), termasuk saya sendiri pastikan turun melawat balai dan IPD serta anngota dan pegawai di lapangan.
“Ia selaras dengan arahan ‘close monitoring’ bagi memastikan tiada penyelewengan dan segala tugasan dilaksanakan dengan baik,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd