Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Lelaki Didakwa Cederakan Vokalis Kumpulan Skinhead, Pengakuan Bersalah Ditolak Mahkamah

Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak pengakuan bersalah tiga lelaki yang didakwa mencederakan seorang vokalis kumpulan muzik menggunakan tong sampah aluminium dalam satu kejadian minggu lalu.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Tertuduh, Samsul Muarif M Padal, 36; Mozlani Tukimon, 35; dan Muhammad Ahnaf Ab Rahman, 34, pada awalnya mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Foto: Kosmo!

Namun begitu, selepas fakta dibicarakan oleh pihak pendakwaan, dua daripada mereka iaitu Mozlani dan Muhammad Ahnaf, menarik balik pengakuan itu dengan menafikan dakwaan bahawa mereka memukul mangsa menggunakan tong sampah.

Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk tidak menerima pengakuan bersalah mereka.

Menurut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakw secara bersama menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Zaid Nazim Zainal Abidin, 23, menggunakan tong sampah aluminium, satu objek yang boleh mendatangkan maut jika digunakan sebagai senjata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 10 Mei lalu, kira-kira jam 10.30 malam di sebuah gimnasium berhampiran City Plaza, Jalan Wadi Hana.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebat, atau gabungan mana-mana dua hukuman jika sabit kesalahan.

Foto: Sinar Harian

Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina, mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh. Namun, permintaan tersebut dibantah oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Goh Poh Gek, yang mewakili ketiga-tiga tertuduh.

Menurut Goh, Samsul Muarif masih bujang, tidak mempunyai pekerjaan tetap, dan menanggung ibu bapanya yang uzur. Sementara itu, Mozlani yang bekerja di sebuah kilang dengan gaji RM2,000 sebulan juga menyara ibunya. Muhammad Ahnaf pula merupakan bapa tunggal, bekerja secara bebas (freelance) dengan pendapatan serupa.

“Ketiga-tiga mereka merupakan pesalah kali pertama,” kata Goh ketika merayu jumlah jaminan dikurangkan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin. Kes ini akan disebut semula pada 17 Jun depan bagi proses serahan dokumen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd