Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Kanak-Kanak Disyaki Larikan, Aniaya Anak Kucing Hingga Mati

Tindakan tiga kanak-kanak yang disyaki menculik dan mendera seekor anak kucing hingga mati di kawasan perumahan Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang mencetuskan kemarahan warganet selepas rakaman kejadian tular di media sosial.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik haiwan terbabit semalam, selepas kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Foto: Buletin TV3

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai membabitkan tiga kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat. Pihak polis turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil ringan isu penderaan haiwan.

“Tindakan zalim seperti ini bukan saja mencerminkan sikap tidak berperikemanusiaan, tetapi melanggar undang-undang,” ujarnya.

Insiden ini mula mencuri perhatian ramai selepas satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan tiga kanak-kanak mengambil seekor anak kucing di hadapan sebuah rumah, sebelum membawanya pergi.

Pemilik haiwan berkenaan memaklumkan bahawa dia menyedari kehilangan anak kucingnya lalu memeriksa rakaman CCTV. Setelah mengenal pasti individu yang terlibat, dia meminta bantuan penduduk sekitar untuk mencari mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malangnya, anak kucing itu ditemui sudah mati setelah dipercayai ditinggalkan dalam bekas tertutup.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Nasional

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat pihak berkuasa tidak melibatkan institusi itu. Ketua...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan segera menghentikan siaran siri animasi Cleopatra in Space yang didakwa mengandungi unsur berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd