Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tiada Wang Hantaran, Mas Kahwin RM50,000 & 7 Cincin Jadi Simbol Cinta

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal suami dan keluarga kedua-dua pihak.

Video berdurasi hampir seminit itu memperlihatkan bakal suaminya menjelaskan secara terbuka mengenai ‘hadiah’ yang diberikan sebagai tanda keseriusan untuk menghalalkan hubungan mereka.

Dalam rakaman itu, lelaki tersebut berkata bahawa jumlah dulang hantaran adalah tiga berbalas tiga, namun tiada wang hantaran diberikan. Sebaliknya, dia memberikan mas kahwin sebanyak RM50,000 yang telah dipindahkan terus kepada Emel.

“Dulang hantaran tiga berbalas tiga, wang hantaran tiada. Mas kahwin saya berikan kepada Melia sebanyak RM50,000 dan saya dah transfer dekat dia. Boleh tanya dia,” katanya.

Selain itu, lelaki berkenaan turut meluahkan perasaan cinta dan hasrat untuk menjadikan Emel sebagai isteri, di samping mengumumkan tarikh pernikahan mereka yang dijadualkan pada 15 Ogos 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya betul-betul sayang dan cintakan dia. Saya nak dia jadi isteri saya… dan tarikh pernikahan kami pada 15 Ogos 2026, lagi empat bulan,” ujarnya.

Rakaman itu turut menyentuh mengenai tujuh bentuk cincin diberikan, yang masing-masing mempunyai makna tersendiri. Dua daripadanya sebagai simbolik cincin merisik dan pertunangan, manakala lima lagi menggambarkan tempoh lima tahun perkenalan mereka.

“Jika lihat dekat cincin tu, dia ada tujuh cincin. Tu semua ada maksud dia… pertama cincin merisik, kedua cincin bertunang. Lima cincin lagi bermaksud lima tahun kami berkenalan,” jelasnya.

Untuk rekod, difahamkan mereka pertama kali bertemu pada tahun 2014 ketika menuntut di universiti yang sama, sebelum pernah menjalinkan hubungan singkat selama sebulan pada 2020.

Namun selepas lima tahun berpisah, mereka dipertemukan semula sekali gus membawa kepada keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun menerusi kemas kini terbaharu, wanita berkenaan dipercayai telah memadam video pertunangannya gara-gara mendapat kecaman daripada segelintir warganet yang mendakwa kurang senang melihat cara bakal suaminya ‘bersuara’ dalam majlis tersebut.

Sumber: Threads @emel_kamal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd