Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Transaksi Bank Dikesan Sejak Kehilangan Pamela – Polis

Polis mengesahkan tiada sebarang transaksi kewangan dikesan membabitkan akaun bank milik Datin Seri Pamela Ling Yueh sejak beliau dilaporkan hilang pada 9 April lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata perkara itu diketahui hasil semakan dan siasatan yang dijalankan pihaknya terhadap kes kehilangan wanita berusia 42 tahun itu.

Foto: Harian Metro

Polis mengesahkan tiada sebarang transaksi kewangan dikesan membabitkan akaun bank milik Datin Seri Pamela Ling Yueh sejak beliau dilaporkan hilang pada 9 April lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, perkara itu diketahui hasil semakan dan siasatan yang dijalankan pihaknya terhadap kes kehilangan wanita berusia 42 tahun itu.

“Tiada sebarang transaksi dikesan dalam akaun bank milik Pamela, sama ada kemasukan atau pengeluaran wang,” katanya.

Mengulas dakwaan bahawa Pamela ada membuat permohonan untuk mendapatkan kerakyatan luar negara, Rusdi menjelaskan pihak polis tidak dapat mengesahkan perkara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Itu adalah permohonan peribadi. Sesiapa sahaja boleh membuat permohonan seperti itu,” ujarnya.

Foto: Carian Google

Sementara itu, hasil semakan rekod Jabatan Imigresen menunjukkan tiada pergerakan keluar masuk negara membabitkan nama Pamela setakat ini.

Terdahulu, Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan menuju ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kenderaan e-hailing. Laporan polis mengenai kehilangannya dibuat pada jam 3.02 petang, hari yang sama.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd