Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Misi Kedua Bawa Rakyat Palestin Cedera Ke Malaysia – Khaled

Tiada misi kedua untuk membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menerusi laporan Bernama, beliau mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kerajaan memberikan bantuan mengikut yang termampu.

Foto: Facebook Khaled Nordin

“Kita kena faham 70,000 rakyat Palestin dapat lintas sempadan dan tinggal di Mesir, namun negara itu tidak mampu, jadi kita bantu seadanya dan yang termampu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Wanita UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan kerajaan akan terus melakukan apa sahaja termampu dalam membantu perjuangan Palestin yang menjadi mangsa kekejaman serta kezaliman rejim Zionis Israel.

Mohamed Khaled turut memaklumkan bahawa kuasa-kuasa besar dunia enggan menghentikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Foto: Facebook Khaled Nordin

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata, pihaknya akan memberi bantuan perubatan kemudian menghantar semula semua rakyat Palestin itu pulang ke negara mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berbincang dengan pemimpin Palestin, bahkan mereka tidak mahu meninggalkan tanah air mereka. Mereka rela mati di negara itu. Mereka mahu kembali ke tanah air, tidak mahu dihalau dari tempat tinggal,” ujarnya.

Foto: umno-online.my

Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di WTC KL melibatkan 6,433 perwakilan dari seluruh negara bermula 21 Ogos hingga 24 Ogos ini.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd