Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Lagi EV Import Mampu Milik? Harga Dijangka Cecah RM300,000 Mulai 1 Julai

Pengguna yang bercadang memiliki kenderaan elektrik (EV) import pada harga mampu milik mungkin perlu membuat keputusan segera apabila pelaksanaan syarat baharu bermula 1 Julai ini dijangka menyaksikan harga model EV import sepenuhnya (CBU) meningkat sehingga sekurang-kurangnya RM300,000.

Memetik laporan daripada Berita Harian, perubahan itu susulan syarat baharu yang diperkenalkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), sekali gus dijangka mengubah landskap pasaran EV tempatan apabila penawaran model import dalam segmen pasaran massa bakal berakhir.

Dijangka ubah landskap EV tempatan

Menurut nota penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd, MITI menetapkan nilai minimum Kos, Insurans dan Tambang (CIF) sebanyak RM200,000 bagi setiap unit EV import yang mahu dibawa masuk ke negara ini.

Selain itu, syarat baharu berkenaan turut menetapkan keperluan output kuasa minimum 180 kilowatt (kW) bagi model EV import yang layak memasuki pasaran tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, menyatakan pelaksanaan syarat berkenaan akan menyebabkan harga jualan akhir kenderaan meningkat dengan ketara selepas mengambil kira duti import, duti eksais, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus serta margin pengedar.

Beliau berkata, kesan langsung daripada dasar itu ialah penamatan pasaran bagi EV import mampu milik yang sebelum ini menyasarkan pengguna arus perdana.

“Dasar ini secara efektif menamatkan pasaran bagi EV import mampu milik untuk segmen pasaran massa, termasuk model asas daripada jenama import seperti BYD, GWM dan MG,” katanya dalam nota penyelidikan.

Walau bagaimanapun, pengguna masih mempunyai peluang terhad untuk mendapatkan model EV import pada harga semasa kerana stok kenderaan CBU yang sudah berada di dalam negara atau sedang dalam transit sebelum tarikh pelaksanaan dasar itu dikecualikan daripada syarat baharu tersebut sehingga stok berkenaan habis dijual.

Mengulas rasional pelaksanaan dasar itu, Wan Mustaqim berkata MITI mahu menggalakkan lebih banyak pengeluar automotif global melabur dalam kemudahan pemasangan tempatan (CKD).

“MITI menggunakan sekatan import ini untuk memaksa pembuat kereta global melabur dalam barisan CKD, sekali gus menamatkan pergantungan kepada import murah untuk menguji pasaran,” katanya.

Menurut Kenanga Investment Bank, langkah itu dijangka memberi kelebihan kepada jenama yang telah memulakan operasi pemasangan tempatan seperti PERODUA, PROTON, Zeekr, Xpeng, GWM, BAIC dan SAIC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan sama, firma penyelidikan itu turut menjangkakan permintaan terhadap kenderaan hibrid plug-in (PHEV) akan meningkat selepas insentif cukai penuh bagi EV import sepenuhnya berakhir pada 31 Disember 2025, selain mengingatkan industri automotif mengenai cabaran tenaga kerja apabila pemasangan EV memerlukan waktu buruh yang lebih rendah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sumber: Berita Harian (Mohd Zakky Zainuddin)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd