Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Tesla Dilapor Batal Rancangan Bina Kilang Di Thailand, Indonesia Dan Malaysia – Sumber

Pengilang kenderaan elektrik, Tesla dilapor membatalkan pembinaan kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di Malaysia, Thailand atau Indonesia.

Menurut laporan The Star seperti dakwaan sumber, pengeluar EV itu sebaliknya hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.

Foto: investopedia.com

“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dan rancangan pembatalan kilang tersebut bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.
“Mereka tidak berniat meneruskannya di Malaysia, Indonesia atau di mana-mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” dakwa sumber.

Tesla dikatakan membuat keputusan itu selepas membubarkan pasukan eksekutifnya dan ia merupakan sebahagian daripada pembatalan pelaburan di seluruh Asia dan negara lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Sebelum ini, Tesla memaklumkan bersedia untuk melabur sebanyak AS$5 bilion untuk hab pembuatan Asia Tenggara dan memilih Thailand sebagai lokasi pilihan.

Malaysia dan Indonesia juga turut menawarkan peluang untuk Tesla membuka kemudahan pengeluaran mereka di negara masing-masing.

Foto: pixabay.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Tesla telah mengumumkan menghentikan rancangan untuk membina sebuah kilang di Mexico berikutan janji calon, Donald Trump yang mahu mengenakan tarif 100 peratus ke atas kenderaan buatan Mexico.

Menjelang September 2023, beberapa pembekal Tesla bertindak memperlahankan rancangan mereka untuk membina kemudahan pembuatan baharu di Mexico kerana bimbang ia tidak dapat disiapkan tepat pada masanya.

Pada Oktober, Tesla mengesahkan ia telah menangguhkan projek itu kerana kebimbangan ekonomi.

Sumber: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd