Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Banjir Kilat Di Shah Alam: Lelaki Meninggal Dunia Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik

Malang tidak berbau, seorang lelaki meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian banjir di Taman Alam Indah, Seksyen 25, hari ini.

Menurut laporan Astro Awani, seekor anjing turut ditemui tidak bernyawa di sisi mangsa di sebuah stor menyimpan barang-barang pembinaan.

Ketua Polis Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan jam 10.51 pagi berkaitan kejadian itu yang membabitkan warga Sri Lanka berusia 27 tahun.

Terkena renjatan elektrik

Terkena renjatan elektrik

“Siasatan awal mendapati premis itu turut dijadikan tempat tinggal mangsa. Turut dijumpai adalah seekor anjing yang turut mati dipercayai terkena renjatan elektrik di sisi mangsa.
“Polis terpaksa menunggu petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan talian elektrik di kawasan itu sebelum anggota dapat menghampiri mayat mangsa dan membuat pemeriksaan.
“Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan. Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel lain: Isu Pokok Musang King: Petani Perang Mulut Dengan Penguatkuasa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terkena renjatan elektrik

Katanya, kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 016-9537372.

Sumber: Astro Awani

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd