Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terima Ugutan, KPN Nasihat Anwar Tambah Pengawal Peribadi

Ketua Polis Negara,  Tan Sri Razarudin Husain menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tambah bilangan pengawal peribadi selain mengehadkan kemunculannya di khalayak ramai terutama ketika berada di lapangan.

Menerusi laporan Buletin TV3, ia susulan Datuk Seri Anwar menerima ugutan yang berpunca daripada kenyataan tegas dan lantang Perdana Menteri berhubung kekejaman Israel dan pemindahan paksa penduduk Palestin dari Gaza.

Anwar tambah pengawal peribadi

Artikel lain: Anwar Ibrahim Harus Lebih Berani Membuat Keputusan – TMJ

Malah, Tan Sri Razarudin sendiri mengesahkan ancaman tersebut adalah sahih dan tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak kerana melibatkan keselamatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ugutan ini mungkin saya berpendapat dan kita akan tanya sahkan dengan maklumat pihak SB dan counter part di luar negara,
“Dalam keadaan politik sekarang, dalam keadaan negara sekarang, apa-apa maklumat tentang espionage ke dan keselamatan PM, tentang ekonomi ke, mungkin kita akan bercakap dengan cara tatap muka, pun kita tak akan guna telefon untuk jaga kerahsiaan” katanya.

Sebelum ini, ucapan Datuk Seri Anwar “Malaysia Berdiri Bersama Palestin” di sebuah perhimpunan telah mengundang kritikan daripada negara pro-Israel, khususnya Amerika Syarikat.

Datuk Seri Anwar mendedahkan beliau telah menerima ancaman daripada beberapa ahli parlimen Eropah yang tidak berpuas hati sokongan Malaysia terhadap Palestin.

Bukan itu sahaja, Tan Sri Razarudin memberitahu terdapat kemungkinan wujudnya ejen perisikan asing atau elemen tempatan yang bersubahat dengan mereka berada di negara ini yang boleh menjejaskan keselamatan Datuk Seri Anwar.

Ahli politik Islam berpengaruh dunia

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd