Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terguris Hati Jadi Motif Rumah Cikgu Chandra Diserang, Tiga Kereta Dibakar

Motif di sebalik insiden khianat serta ugutan jenayah terhadap aktivis S. Chandrasegaran, 47, atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Chandra’, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati dan perasaan terguris.

Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan sebarang aktiviti kongsi gelap.

Foto: Kosmo! Online

Shazeli berkata, dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, polis berjaya menahan 12 individu termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Serbuan tersebut dilakukan secara berperingkat bermula 12 Mac hingga semalam di beberapa lokasi sekitar Banting, Subang dan Serdang.

“Daripada jumlah tersebut, tujuh suspek dikenal pasti mempunyai kaitan langsung dengan kejadian dan masih direman bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati insiden itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selain perasaan terguris terhadap mangsa,” katanya pada sidang media di IPK Selangor, Shah Alam hari ini.

Foto: BH Online

Beliau berkata, polis turut berjaya menahan individu yang dipercayai menjadi dalang utama di sebalik kejadian itu, manakala wanita yang ditahan pula merupakan isteri kepada salah seorang suspek.

Katanya, semakan rekod mendapati lima daripada tujuh suspek yang ditahan sebelum ini mempunyai rekod jenayah, namun kesemua mereka didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lima suspek termasuk wanita berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan di bawah Seksyen 427, Seksyen 506 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sementara itu, Shazeli berkata, hasil tangkapan tersebut turut membawa kepada rampasan tiga buah kereta iaitu Toyota Vios, Honda City dan Nissan Almera selain dua motosikal jenis Honda Wave dan Yamaha Y16 yang dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit.

“Kita percaya kedua-dua kejadian ini berjaya diselesaikan hasil tangkapan yang dibuat setakat ini,” katanya lagi.

Terdahulu, pada petang 10 Mac lalu, sekumpulan lelaki bertopeng dilaporkan menyerang rumah Cikgu Chandra di Taman Kinrara, Puchong menggunakan parang.

Suspek yang memakai topeng hitam itu dikatakan memecahkan cermin belakang kereta Perodua Viva milik mangsa serta merosakkan jeriji besi di bahagian hadapan rumah.

Dalam satu kejadian berasingan, sekumpulan individu dipercayai kembali ke rumah Chandra sekitar pukul awal pagi 11 Mac dan dipercayai mencampakkan objek seperti bom petrol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media sosial

Insiden itu mengakibatkan kereta Suzuki Ertiga milik Chandra musnah sepenuhnya, manakala Perodua Viva dan sebuah kenderaan lain turut mengalami kerosakan akibat kebakaran.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd