Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terap Nilai-Nilai Positif, Perayaan Daikin Menyatukan Komuniti

Daikin Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi hari perpaduan yang dilangsungkan di ibu pejabat mereka di Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu lalu.

Hari tersebut bertujuan membangunkan komuniti dengan sambutan silang budaya yang menggabungkan elemen-elemen budaya Jepun serta Malaysia.

Turut hadir tetamu kehormat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang berkenan mencemar duli dan merasmikan acara istimewa ini.

Acara tersebut sebagai penghargaan kepada pekerja berdedikasi di samping mengukuhkan ikatan dengan komuniti berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, ia turut menjadi platform untuk menonjolkan komitmen teguh Daikin Malaysia terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta penjalinan hubungan dengan komuniti tempatan.

Antara contoh inisiatif CSR Daikin adalah memberi sumbangan kepada beberapa buah sekolah serta rumah anak yatim di kawasan Sungai Buloh bagi membantu operasi harian mereka.

Dalam pada itu, acara berkenaan turut melangsungkan pelbagai aktiviti antaranya persembahan daripada Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dan kemunculan maskot siri animasi popular Upin & Ipin.

Selaras dengan inisiatif untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif, Daikin memberi peluang kepada para tetamu menikmati sesi bertemu dan menandatangani autograf eksklusif bersama pemain Kelab Bola Sepak Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd