Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Telegram Platform Ketiga Terima Pelesenan Media Sosial Di Malaysia

Pembekal perkhidmatan, Telegram telah diberikan Lesen Pembekal Perkhidmatan Aplikasi (ASP) C untuk beroperasi di Malaysia.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini memaklumkan Telegram telah menerima lesen operasi media sosial di Malaysia sekali gus menjadikan ia perkhidmatan platform ketiga menerima lesen berkenaan.

Telegram Platform Ketiga Terima Lesen

Telegram

Foto: Carian Google

Sebelum ini, perkhidmatan WeChat dan juga TikTok menjadi antara terawal menerima lesen media sosial, yang berkuat-kuasa di Malaysia sejak 1 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut dikongsikan adalah Meta yang mengoperasikan Facebook, Instagram dan WhatsApp dimana dalam proses mendapatkan lesen, dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Telegram

Foto: Utusan Borneo Online

Sementara itu, Fahmi berkata, beliau juga telah mengarahkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengadakan libat urus dengan Google yang mengendalikan YouTube untuk mengemukakan permohonan lesen operasi di Malaysia.

“Walaupun masih dalam urusan libat urus, Google diberi amaran tidak melanggar undang-undang dalam negara seperti membenarkan adanya video scam dan video judi dalam talian. Jadi tindakan masih boleh diambil,” ujarnya.

Telegram

Foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pengasas Telegram, Pavel Durov Dilapor Terlibat Aktiviti Jenayah Dalam Platform

Terdahulu, kerajaan menetapkan perundangan untuk perkhidmatan media sosial dengan lebih lapan juta pengguna untuk mendapatkan lesen operasi di Malaysia, dalam memastikan platform berkenaan lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kandungan, serta membuang kandungan membahayakan seperti judi dan lucah.

Bukan itu sahaja, ia turut dibahaskan aplikasi X yang mempunyai kurang lapan juta pengguna dan tidak tertakluk dibawah lesen ini, sementara Google sedang berbincang dengan pihak MCMC berhubung kedudukan YouTube sebagai platform perkongsian video.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd