Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Telegram Edisi Khas & Edisi Siasat Dikenakan Tindakan, Langgar Akta 588 -Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan tindakan undang-undang terhadap platform Telegram serta pentadbir saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas diambil kerana kandungan yang dipaparkan didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Telegram Edisi Khas

Tindakan undang2 diambil terhadap Telegram Edisi Khas, Edisi Siasat

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Fahmi menyatakan tindakan undang-undang yang difailkan terhadap platform media sosial berkenaan serta pentadbir dua saluran berkenaan masih dalam pertimbangan mahkamah.

“Pada masa ini, tindakan undang-undang yang difailkan terhadap Telegram serta pentadbir saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas masih dalam pertimbangan mahkamah,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Mahkamah keluarkan perintan tutup saluran Edisi Khas, Edisi Siasat

Tambahnya, mahkamah telah mengeluarkan satu perintah sementara yang membawa kepada penurunan kandungan tertentu serta penutupan saluran berkenaan.

Menjawab kebimbangan berkaitan isu kebebasan bersuara, Fahmi menjelaskan kerajaan tidak menyekat pandangan rakyat selagi ia disampaikan mengikut undang-undang sedia ada.

“(Ia) selagi mana kandungan tersebut serta pemaparannya tidak melanggar peruntukan undang-undang.”

Platform tersebut juga perlu bertanggungjawab

Beliau turut mengingatkan bahawa semua platform media sosial, termasuk Telegram, perlu bertanggungjawab memastikan kandungan yang disebarkan tidak menyalahi undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Begitu juga dengan platform media sosial, di mana kandungan boleh dipaparkan di platform yang disediakan, tetapi platform tersebut perlu bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kandungan yang dipaparkan tidak melanggar peruntukan undang-undang.”

Artikel lain: MCMC Peroleh Perintah Injuksi Interim Terhadap Edisi Siasat, Edisi Khas

Fahmi turut menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang, demi kesejahteraan semua pihak.

Sumber: Buletin TV3 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd