Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tarif Air Pengguna Domestik Di Perak Naik 5 Sen, MB Yakin Keputusan Tak Bebankan Rakyat

Perak mengumumkan kadar takrif air baharu akan dikuat kuasa bermula 1 Mei dengan menyaksikan kenaikan lima sen bagi setiap meter padu iaitu  75 sen berbanding 70 sen untuk penggunaan domestik sehingga 20 meter padu.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau yakin kenaikan tarif yang akan tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.

Foto: News Straits Times

“Saya yakin boleh diterima rakyat. Sebab pertama, ia sudah melepasi berapa puluh tahun, kita tak pernah menaikkan tarif itu.
“Kedua, ada keperluan khusus bagi Lembaga Air Perak (LAP) mempunyai wang yang mencukupi untuk memperbaiki perkhidmatannya.
“Jadi, kita perlukan sedikit tambahan wang untuk membolehkan LAP ganti paip baru, perbaiki mana-mana paip lama dan pelbagai sistem-sistem baru, termasuk meter dan sebagainya, yang menyebabkan kita perlukan pertambahan kos,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar hari ini.

Foto sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.
LAP memberikan rebat pada kadar 40 sen setiap meter padu untuk penggunaan sehingga 10 meter padu pertama sebulan atau bersamaan RM4 sebulan bagi membantu mengurangkan kesan perubahan tarif kepada pengguna domestik.
Dalam pada itu, kenaikan 5 sen itu menyaksikan kadar tarif air baharu di Perak jauh lebih rendah berbanding kadar purata 22 sen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
“Caj bagi penggunaan 21 hingga 35 meter padu ditetapkan pada kadar RM1.08, berbanding RM1.03 sebelum ini.
“Penetapan tarif baharu berkenaan tidak menjejaskan program air percuma 25 meter padu sebulan untuk golongan sasar dan program air percuma 20 meter padu untuk rumah ibadat,” tambahnya lagi.

Foto: Utusan Malaysia

Sebelum ini, pihak SPAN telah mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.
Untuk rekod, pelarasan tarif air domestik itu telah melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.
Sumber: Astro Awani (Abd Razak Mohd Ali)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd