Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular ‘Rider’ Sujud Atas Jalan, Rupanya Tanggung Derita Ekzema Sejak Lahir

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penghantar makanan sujud di atas permukaan jalan raya tanpa sebarang alas telah mengundang rasa sebak ramai.

Dalam rakaman berdurasi sekitar 30 saat itu, dapat dilihat seorang menegur tindakan penghantar makanan berkenaan yang melakukan sujud di sisi motosikalnya, seolah-olah sedang alami tekanan hidup.

Tanggung derita ekzema

@nurainzulaika1

semoga dimudahkan Urusan 😰#nmpak dia mcm ada masalah #fyppppppppppppppppppppppp #ujianrumahtangga

♬ original sound – BAITUR NURIN – BAITUR NURIN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Momen tersebut berjaya dirakam dari dalam sebuah kenderaan oleh pengguna jalan raya lain yang turut sebak melihat keadaan penghantar makanan terbabit.

“Ya Allah permudahkan urusan abang Grab ni, nampak dia macam ada masalah,” ujarnya pemilik video berkenaan.

Artikel lain: Pemandu Grab Dipuji Prihatin, Sanggup Tunggu Penumpang Hingga Selamat Naik Bas

Tanggung derita ekzema

Tanggung derita ekzema

Kakak kepada penghantar makanan tampil jelaskan keadaan

Sementara itu, seorang wanita yang dipercayai kakak kepada penghantar makanan tersebut memberitahu adiknya itu tertekan disebabkan penyakit ekzema yang dialaminya sejak lahir lagi.

Namun begitu, dia berterima kasih kepada individu yang prihatin terhadap keadaan adiknya yang dikenali sebagai Mohd Hafiz dan memohon doa daripada orang ramai agar insan tersayangnya itu kembali sihat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Netizen turut sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap penghantar makanan tersebut yang seperti sedang menanggung beban emosi yang berat.

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar urusan pemuda terbabit dipermudahkan dan berharap diberi kekuatan untuk menghadapi apa jua ujian yang sedang dilaluinya.

Sumber: TikTok @nurainzulaika1

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd