Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tanah Jerlus: Ini Hero Selamatkan Pemandu Wanita Terperangkap Dalam Kereta

Seorang lelaki bersama rakan-rakan sekerjanya menjadi ‘hero’ menyelamatkan seorang pemandu wanita yang terperangkap dalam kenderaan dalam kejadian tanah jerlus di Tanjong Katong Road South, Singapura pada Sabtu.

Kejadian tanah jerlus

Menurut laporan The Straits Times, penyelia tapak binaan, Pitchai Udaiyappan Subbiah, 46, dan sekumpulan pekerja berada berhampiran kondominium One Amber sebelum mereka terdengar bunyi kuat susulan kejadian tersebut.

Mereka segera berlari keluar dari tapak binaan sebelum melihat satu lubang besar akibat tanah jerlus dengan sebuah kereta berwarna hitam terjatuh ke dalamnya yang terdapat seorang pemandu wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada sebuah kereta, dan seorang wanita berada dalam kereta tu. Saya terfikir, ada orang jatuh ke dalam, saya nak tolong,”
kata Subbiah berasal dari India yang sudah 22 tahun bekerja di Singapura.

Subbiah berkata, dia kemudian mengarahkan tiga pekerja lain untuk membaling tali nilon kepada wanita tersebut supaya mereka boleh menariknya keluar.

Artikel lain: Tanah Jerlus: Operasi SAR Guna Tiga Pam Elektrik Berkapasiti Tinggi

tanah jerlus

Foto: The Star

Dia yang sedang melaksanakan projek pembetungan di kawasan itu menjelaskan, usaha menyelamat mengambil masa kira-kira tiga hingga lima minit.

“Salah seorang pekerja saya nak turun bantu mangsa, tapi saya kata mereka takkan dapat panjat keluar. Jadi saya suruh mereka baling tali dulu.
“Kami telah menyelamatkan satu nyawa… itu saja yang penting,” ujarnya.

Difahamkan, mangsa yang memandu seorang diri itu tidak mengalami kecederaan namun sedang menjalani pemeriksaan lanjut di hospital.

Sumber: The Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd