Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tan Sri Azman Hashim Berjaya Tawan Puncak Kinabalu Di Usia 84 Tahun

Tokoh korporat, Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara pada Selasa lalu di usia 84 tahun.

Memetik laporan dari Bernama, Bekas Pengerusi Kumpulan AmBank itu memaklumkan yang beliau mula mendaki pada 30 Oktober 2023 sekitar jam 8.45 pagi dan tiba di Laban Rata yang juga rumah persinggahan pendakian pada 7.15 malam.

Gembira dapat lakukan di usia 84 tahun

Beliau menyambung balik pendakian bermula pada 5 pagi keesokan harinya dan sampai di puncak pada pagi hari sama.

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian ini pada usia 84 tahun, bagi saya umur bukanlah penghalang dan percaya dengan semangat dan keazaman yang tinggi, segalanya boleh dicapai,” kata beliau menerusi emel.

Kali kedua Tan Sri Azman Hashim sampai ke puncak

Difahamkan, pendakian ini merupakan kali kedua dilakukan selepas turut sampai ke puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter dari aras laut pada 2010 ketika berusia 71 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditanya mengenai nasihat beliau terutamanya kepada generasi muda, Azman berkata pencapaian ini selanjutnya memberikan contoh komitmen seseorang untuk mengatasi rintangan dan mencapai sesuatu yang baharu dalam setiap usaha.

“Pencapaian ini tanpa diragui menjadi inspirasi buat semua, merentasi semua generasi bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai dan dalam genggaman kita,” kata tokoh perbankan itu.

Menerusi maklumat dari jurucakap Pusat Maklumat Gunung Kinabalu, pendaki tertua Malaysia yang berjaya mendaki dan sampai ke puncak gunung itu ialah Buatin Blandong, 90, yang melakukannya pada 5 September tahun lalu.

Ia adalah kali kelapan pesara kerajaan dari Papar, Sabah berjaya mendaki dan sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan pendakian sulung ketika zaman mudanya.

Sebagai info, nama Kinabalu diperoleh daripada perkataan dalam Bahasa Kadazandusun “Aki Nabalu” bermaksud gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun, juga merupakan gunung tertinggi antara Banjaran Himalaya dan New Guinea.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd