Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tamim Dahri Sedia Pulang Serah Diri, Tapi Letak Syarat Roboh Empat Kuil

Aktivis Tamim Dahri menyatakan kesediaan untuk pulang ke Malaysia dan menyerah diri kepada pihak polis dalam masa terdekat, namun meletakkan syarat supaya empat rumah ibadat yang didakwa sebagai kuil haram dirobohkan terlebih dahulu.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu hantaran di platform Threads oleh akaun Tanah Malaya yang dipersetujui oleh Tamim sendiri.

Dalam hantaran tersebut, lelaki berusia 34 tahn itu menyenaraikan empat lokasi kuil yang dimaksudkan iaitu Kuil Atas Jalan Pandanmas, Kuil Hospital Bukit Mertajam, Kuil Lama Seafield dan Kuil Jakel.

“Kenapa empat lokasi ini? Yang itu, semua boleh fikir sendiri,” tulisnya sebentar tadi.

Sementara itu, media hari ini melaporkan polis sedang giat mengesan Tamim yang dipercayai berada di luar negara bagi membolehkan dia dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merosakkan simbol suci Hindu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, hasil semakan mendapati aktivis tersebut dikesan berada di Thailand sebelum ini dan kini dipercayai berada di Tanah Suci.

Difahamkan, Tamim didakwa di Mahkamah Langkawi mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan selepas dipercayai merosakkan objek soolam, iaitu simbol suci bagi penganut Hindu, di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Malah pada Selasa lalu, media turut melaporkan bahawa prosiding kes melibatkan Tamim terpaksa ditangguhkan berikutan orang kena tuduh (OKT) masih berada di luar negara ketika ini.

Sumber: Threads Tanah Malaya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd