Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tak Tahu Malu, Pasangan Kekasih Selamba Buat Onar Di Starbucks

Sepasang kekasih tular di TikTok apabila mereka dirakam melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah kafe Starbucks di Quilmes, Argentina.

Menurut Daily Star, video berdurasi 12 saat itu menunjukkan pasangan tersebut duduk sambil berpelukan di kafe berkenaan.

Awalnya, pasangan itu kelihatan romantik namun sangkaan itu meleset apabila kamera dizum, menunjukkan pergerakan tangan di bawah jaket yang berada di atas peha lelaki tersebut.

Jelas dilihat di dalam video, terdapat beberapa pelanggan lain di kafe itu tetapi ianya tidak menghalang pasangan ini daripada melakukan onar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video itu telah dimuat naik oleh pengguna TikTok, @pablorereok yang juga merupakan salah seorang daripada pelanggan di kafe tersebut dan duduk selang satu meja daripada pasangan terbabit.

Rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur sindiran kepada pasangan itu yang mana hampir kesemuanya menyebut mengenai ‘susu’.

“Susu” untuk latte….

Namun begitu, terdapat juga netizen yang merasakan perbuatan itu menyebabkan mereka berasa trauma dan ada yang hanya menulis “tidak” di dalam ruangan komen.

Trauma pula!

Ada juga komen yang mengatakan mereka tidak ingin ke Starbucks di Quilmes lagi disebabkan oleh perbuatan pasangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saya tak nak ke Starbuck dah……

Apa-apapun, berfikir dulu sebelum bertindak. Kalau berani sekalipun, kena beringat kita ada kat mana. Jangan sebab nafsu, kita malu.

Sumber: Daily Star

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd