Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tak Puas Hati! Ramai ‘Berkampung’ di Media Sosial Pengadil Sato Ryuji

Sebentar tadi, berlangsungnya perlawanan aksi Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh, Hanoi antara pasukan Vietnam dan Harimau Malaya.

Pun begitu. badi skuad bola sepak kebangsaan berdepan Vietnam berterusan apabila Harimau Malaya kecundang 0-3 dalam aksi Piala AFF yang dihiasi dengan penalti kontroversi.

Beraksi dalam suasana sejuk dan berangin, perlawanan yang bermula perlahan menyaksikan permainan seimbang dipamerkan antara kedua-dua pasukan dalam 15 minit pertama.

Namun, permainan mulai rancak apabila Vietnam melakukan beberapa cubaan hantaran terutama pada minit ke-20 menerusi rembatan deras Nguyen Hoang Duc yang sedikit tersasar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, skuad Golden Star Warriors berada di depan sembilan minit kemudian menerusi jaringan penyerang berbisa, Nguyen Tien Linh yang menanduk masuk bola sepak sudut Do Hung Dung.

Bagaimanapun, kegembiraan Vietnam meraikan jaringan itu  terganggu apabila mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Nguyen Van Toan dilayangkan kad merah pada minit ke-32 susulan kekasarannya ke atas Dominic Tan.

Penalti kontroversi buat semua tak puas hati

Sementara itu, apa yang membangkitkan ketidakpuasan hati ramai terutama penyokong Malaysia adalah tindakan pengadil dari Jepun Sato Ryuji memberikan sepakan penalti kepada Vietnam apabila Azam Azmi Murah didakwa mengasari Doan Van Hau pada minit ke-59.

Keputusan pengadil itu cuba dibantah barisan pemain Harimau Malaya kerana tiada kekasaran yang dilihat dilakukan Azam ke atas Van Hau di dalam kotak penalti melainkan berlaku pergelutan dua pemain itu di luar padang selepas kedua-duanya terjatuh ketika merebut bola.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden itu turut menyaksikan perlawanan terhenti kira-kira lima minit dan nasib lebih malang menimpa Harimau Malaya apabila Azam dilayangkan kad merah sebelum Que Ngoc Hai menyempurnakan sepakan penalti.

Malah, Nguyen Hoang Duc melengkapkan kemenangan bergaya Vietnam apabila meledak gol ketiga ketika perlawanan berbaki tujuh minit.

Pengadil paling teruk! Rupanya peminat pasukan Vietnam

Disebabkan tidak berpuas hati, ramai mula membanjiri ruangan komen di setiap hantaran pengadil dari Jepun itu di laman Facebook miliknya.

Malah, apa yang mengejutkan ramai, ternyata Sato Ryuji sebenarnya penyokong pasukan Vietnam berdasarkan beberapa hantaran dikongsikan.

Keputusan itu menyaksikan Vietnam Vietnam merampas  kedudukan teratas Kumpulan B, berkongsi enam mata bersama Malaysia dan Singapura

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Ryuji Sato, TikTok

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd