Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tak Puas Hati? Elon Musk Ajak Mark Zuckerberg Pertandingan Ukur Kemaluan

Pengasas Twitter iaitu Elon Musk seakan masih tidak berpuas hati apabila pesaingnya iaitu aplikais Threads telah berjaya meraih lebih 100 juta pengguna selepas lima hari dilancarkan kepada umum.

Malah, baru-baru ini, Musk telah memuat naik sebuah ciapan berunsur kontroversi di Twitter dimana dia mencadangkan supaya adakan pertandingan ukur kemaluan (zakar) bersama pemilik Facebook, Mark Zuckerberg.

“Zuck lelaki lemah. Saya cadangkan pertandingan mengukur zakar,” ciapnya sambil menyertakan emoji pembaris.

Terdahulu, Threads telah mencatatkan rekod yang mengejutkan ramai apabila Zuckerberg pada Isnin pagi mengesahkan laman sosial terbaharu itu berjaya mengumpul 100 juta pengguna.

“100 juta pendaftaran Threads sejak hujung minggu. Ianya berlaku secara organik dan kami masih belum membuat sebarang promosi.
“Sukar nak percaya baru lima hari,” ujarnya.

Bagaimanapun, Twitter telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta Platforms dan difahamkan, surat saman dihantar oleh peguam lantikan Twitter, Alex Spiro kepada Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan itu diambil susulan Spiro mendakwa Meta telah mengupah bekas kakitangan Twitter yang memiliki akses kepada rahsia perniagaan aplikasi media sosial tersebut.

Sumber: Twitter @Elon Musk

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd