Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tak Hormat Bulan Ramadan? Wanita Mengaku Dalam Pantang, Didakwa Makan Minum Sambil Buat ‘Live’

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan.

Menerusi satu hantaran, seorang pengguna Threads @sfeaqsra memuat naik video tangkapan layar mendakwa wanita itu tanpa segan silu melakukan siaran langsung di platform TikTok.

Rakaman berdurasi seminit itu memaparkan wanita tersebut menjawab beberapa soalan daripada netizen sambil didakwa makan dan minum ketika siaran langsung berkenaan.

“Saya agama Islam awak, minum dulu tercekik (sambil ketawa). (Baca komen) ‘hormatlah dengan orang berpuasa’, ‘tak suka, boleh angkat kaki, boleh jalan’, ‘dalam pantang ke kak’, aah dalam pantang. (Baca komen) ‘wah tak puasa’, aah tak puasa.
“(Baca komen) ‘bangganya’, ya bangga, korang masuk live saya ni siapa suruh. (Baca komen) ‘kenapa suka tunjuk?’, saja, tak boleh ke? (Baca komen) ‘tak belajar agama, tak belajar adab’, ye lah awak tak belajar agama, tak belajar adab,” katanya dilihat beberapa kali meneguk cawan berisi air.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen berunsur kecaman selain menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap wanita terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nak perhatian ke?

Aku tak boleh puasa pun, makan sorok

Pihak berkuasa sila ambil tindakan!

Berdasarkan pemerhatian, wanita tersebut telah menukar tetapan akaun TikTok miliknya kepada tetapan privasi susulan dikecam hebat dalam kalangan pengguna media sosial.

Sumber: Threads sfeaqsra

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd