Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Syeikh Ali Al-Qarahdaghi Dipilih Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia Baharu

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan tahniah kepada Syeikh Prof Dr Ali Al-Qaradaghi kerana dipilih menjadi Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia bagi penggal 2024-2028.

Penghargaan tersebut dimuat naik menerusi laman X sambil menjelaskan perlantikan Ali Al-Qaradaghi telah membuktikan kealiman dalam pelbagai cabang ilmu Islam dan kehebatan beliau sebagai pemikir unggul merentasi pelbagai bidang.

Ali Al-Qarahdaghi Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia

Artikel lain: Kor Ming Sempurnakan Istiadat Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah JBPM Baharu

“Saya mengucapkan tahniah kepada Prof Dr ‘Ali Muhyiddin al-Qarahdaghi yang baru dipilih sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, sebuah pertubuhan keilmuan antarabangsa yang berpengkalan di Qatar,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Amirudin Shari turut berkongsi ucapan Ali Al-Qaradaghi sewaktu menerima tanggungjawab itu yang antara lain merupakan nasihat untuk umat Islam seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ucapanku kepada para ulama, jadilah rahmat kepada umatmu. Elakkan diri daripada dikuasai emosi kerana emosi laksana ribut yang boleh memusnahkan.
“Sampaikanlah Islam dengan berhikmah dan rasional. Tingkatkan pemikiran dan akhlakmu hingga ke tahap yang dimahukan oleh Islam. Janganlah kamu masuk ke dalam perdebatan dan perbincangan kosong yang tidak menguntungkan.

“Menyumbanglah untuk kebangkitan umatmu menerusi ilmu dan kajian ilmiahmu. Jadilah teladan dalam aspek kecemerlangan dan kemajuan.
“Beramallah untuk membimbing orang ramai ke arah pengetahuan, pengajian dan penyebaran kesedaran ilmu dalam masyarakat kerana para ulama adalah harapan umat untuk membina masa depan yang lebih baik,” ujar Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi.

Pada November lalu, Ali Al-Qaradaghi ke Shah Alam untuk sebuah majlis ilmu dan dalam pertemuan tersebut, beliau menekankan kepentingan aspek perkembangan ilmu dalam memajukan negeri.

Sumber: X @Amirudin Shari

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd