Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Konflik Asia Barat: Syarikat Penerbangan Asia Naikkan Harga Tiket, Rangka Pelan Kecemasan

Syarikat Penerbangan Asia Naikkan Harga Tiket

Syarikat penerbangan di Asia dilaporkan mula menaikkan harga tiket dan merangka pelan kecemasan termasuk kemungkinan menggantung operasi penerbangan susulan konflik di Asia Barat yang berpotensi mencetuskan krisis minyak paling teruk sejak 1970-an.

Menurut laporan Bloomberg, syarikat penerbangan di India telah menaikkan tambang laluan jarak jauh sehingga 15 peratus manakala Vietnam memberi amaran harga tiket boleh meningkat sehingga 70 peratus berikutan kebergantungan negara itu kepada bahan api jet import.

Syarikat Penerbangan Asia Naikkan Harga Tiket

Pakar industri berkata syarikat penerbangan serantau kurang dilindungi daripada lonjakan harga minyak berbanding pesaing di Eropah dan Amerika Syarikat, sekali gus menjadikan mereka lebih terdedah kepada peningkatan mendadak kos bahan api.

Keadaan itu mendorong beberapa syarikat penerbangan kos rendah di Asia Tenggara merangka pelbagai senario termasuk menggantung operasi pesawat sekiranya harga bahan api menjadi terlalu mahal atau bekalan sukar diperoleh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Air New Zealand menangguhkan panduan pendapatan bagi tahun 2026 berikutan ketidaktentuan harga bahan api jet.

“Disebabkan keadaan yang belum pernah berlaku, anggaran harga bahan api jet yang menjadi asas panduan kami tidak lagi relevan.
“Krisis ini dijangka memberi kesan signifikan kepada pendapatan separuh kedua tahun kewangan,” menurut kenyataan syarikat itu.

Artikel lain: Situasi Makin Stabil, Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Ke Jeddah & Madinah

Konflik di Asia Barat turut menyebabkan gangguan serius terhadap operasi penerbangan dengan beberapa syarikat utama dan lapangan terbang di rantau berkenaan hampir terhenti.

Ancaman kekurangan bahan api kini dijangka terus memberi tekanan kepada perjalanan udara global dalam situasi ekonomi dan geopolitik yang semakin tidak menentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bloomberg

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd