Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Syarikat Arak Buat Program Di Sekolah, Akmal Saleh Persoal Kenyataan Anthony Loke

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh persoal kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung isu konsert amal pendidikan yang membabitkan sumbangan daripada syarikat minuman keras.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Akmal berkata selain memberi kebenaran memberi sumbangan, Loke juga membenarkan syarikat arak menganjurkan program di sekolah.

Akmal Saleh persoal kenyataan Anthony Loke

akmal saleh persoal anthony loke

Foto: The Sun

“Lepas ni boleh jemput syarikat judi ke buat program dalam sekolah? Tak cukup dengan sumbangan derma, nak benarkan syarikat arak buat program dalam sekolah pula?” katanya.

Dalam pada itu, Akmal turut meninggalkan sindiran dan berkata Loke bukan sahaja memegang jawatan Menteri Pengangkutan, malahan beliua juga adalah pemangku Menteri Pendidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Beri Peluang Kepada Anak Muda, Kerajaan Akan Bina Institusi TVET Di Gua Musang – Ahmad Zahid

“Tahniahlah Menteri Pengangkutan yang memangku Menteri Pendidikan. Bersatulah wahai saudara seagama dan sebangsaku,” sindirnya.

Terdahulu, Loke dilaporkan berkata mana-mana syarikat termasuk pengeluar minuman keras boleh menganjurkan program mengumpul dana untuk tujuan membiayai pembangunan sekolah.

akmal saleh persoal anthony loke

Foto: Malaysianews TV

Bagaimanapun, Loke berkata syarikat tersebut tidak dibenarkan mempamerkan sebarang logo mahupun jenama berkaitan perniagaan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau berada di premis sekolah, jenama atau logo ini tak boleh dipaparkan tetapi program boleh buat. Tetapi kalau dekat luar, dia tiada halangan dan kebanyakan program ini berlaku di luar bukan di sekolah, restoran dan sebagainya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Loke turut meluahkan rasa kesal kerana terdapat pihak yang cuba mempolitikkan perkara tersebut sedangkan ia telah lama dipraktikkan tanpa sebarang masalah.
“Hanya ada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan dan cuba mengungkitkan perkara ini dan dijadikan sebagai satu polemik.
“Jadi selepas ini kita jelas dengan keputusan Kabinet telahpun dibuat iaitu ada beberapa garis panduan. Ia termasuklah program itu tidak melibatkan pelajar-pelajar Islam,” katanya.

Tambah Loke, program-program yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut hanya dihadiri ibu bapa pelajar bagi tujuan menyokong untuk dana dan sebagainya.

Sumber: Facebook Akmal Saleh, Malaysia Gazette (Nizam Zain)

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd