Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Di Bachok Ditahan

Polis menahan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian simbahan ceair dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa wanita di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lalu.

Menurut laporan Malaysia Kini, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah kilang getah di Kuala Krai pada jam 4 petang semalam.

Foto: Berita Harian

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta polis akan memohon perintah reman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Penahanan suspek lelaki ini menyusuli penahanan seorang wanita berusia 38 tahun yang turut ditangkap di kilang sama pada Rabu lalu, di mana Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, mengesahkan penahanan wanita berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku Sabtu lalu, seorang wanita yang juga peniaga disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali ketika berada berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang, Bachok.

Foto: Sinar Harian

Mangsa mengalami kecederaan serius dengan melecur teruk di bahagian bahu, belakang, lengan dan kaki.

Namun begitu, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: MalysiaKini 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd